Kita memang berharap anak kita jadi anak yang soleh, baik, tidak tinggalkan sembahyang dan sebagainya. Jadi setiap hari, setiap masa bersama anak seboleh mungkin kita cuba memberi contoh teladan yang baik, sediakan pelbagai peralatan supaya anak-anak belajar dan mencontohi yang baik-baik, menjaga permakanannya dan sebagainya. Tetapi di samping itu jangan kita lupa, berdoa kepada Tuhan. Ini amat penting. Segalanya berlaku hanya dengan izinNya.
Amalkan ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat itu tiup-tiup pada air. Tujuannya supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah dan emak, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
1.Surah Al-Fatihah (1 kali)
2.Ayat Kursi (1 kali)
3.Surah al-Insyirah (1 kali)
4.Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment